DAUN GELENGGANG UNTUK RAWATAN SEMBELIT???..CAMNER TUE

DAUN GELENGGANG UNTUK RAWATAN SEMBELIT???..CAMNER TUE

Daun gelenggang yang lebih dikenali sebagai daun Senna adalah dari pokok herba tumbuhan renek dengan ketinggian 1 – 1.5 meter. Cassia senna L (C. acutifolia Delile) dan Cassia angustifolia Vahl adalah di antara nama saintifik bagi daun gelenggang.


Daun gelenggang telah digunakan sebagai ubat tradisional di negara Arab semenjak zaman dahulu lagi. Ianya telah diperkenalkan ke Eropah oleh pengamal perubatan tradisional Arab pada abad ke-9.
Daun gelenggang kering yang belum dikisar berwarna kuning pucat, manakala serbuk daun gelenggang berwarna kuning kehijauan. Bahan aktif yang terdapat dalam daun gelenggang adalah antraquinone glucosides. Pada lazimnya, daun gelenggang mengandungi tidak kurang dari 2.5 peratus antraquinone glucosides. Pengiraan kandungan bahan aktif yang terdapat dalam daun gelenggang yang telah dikeringkan adalah berdasarkan sennoside ataupun dikenali sebagai senna glycoside. Sennoside merupakan derivatif anthraquinone.

Khasiat

Secara tradisional, daun gelanggang digunakan sebagai bahan laksatif (julap). Bahan laksatif bertindak bagi memudahkan pembuangan air besar.
Ianya bertindak dalam usus besar manusia dengan meningkatkan pergerakan peristalsis kolon dengan merangsang mukosa kolon. Dengan ini, ianya dapat mengurangkan sembelit.
Dewasa ini daun gelenggang juga digunakan dalam perubatan moden. Sama seperti kegunaannya secara tradisional, ianya digunakan sebagai laksatif. Bahan aktif dalam daun senna iaitu sennoside akan diekstrak dan digunakan sebagai ubat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendaftarkan ubat yang mengandungi daun gelenggang dalam kategori ubat tradisional dan dalam kategori ubat farmaseutikal, ianya didaftarkan sebagai Ubat Bukan Preskripsi (OTC: Over The Counter).
Bagi ubat tradisional, indikasi yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Digunakan secara traditional untuk melegakan sembelit ringan.
Ubat tradisional yang mengandungi daun gelenggang bersama dengan kombinasi bahan herba lain, indikasinya bergantung kepada kandungan dan formulasi keseluruhan ubat tradisional tersebut.
Bagi ubat tradisional yang mengandungi kuantiti daun gelenggang kering kurang daripada 0.5g atau mempunyai kandungan sennoside kurang dari 20 mg melalui persediaan ekstrak piawai (standardized preparation), indikasi yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Digunakan secara traditional untuk kesihatan umum.
Daun gelenggang dikatakan selamat untuk digunakan dalam jangka masa pendek bagi indikasi sembelit. Ianya boleh diambil oleh warga tua, wanita selepas bersalin, dan pesakit kanser yang masih mengambil dadah narkotik.
Pengguna hendaklah mematuhi arahan pengambilan seperti yang jelas tertera pada label ubat tradisional tersebut. Dos yang dinyatakan adalah berdasarkan pengalaman serta kesan penggunaannya turun temurun.
Kesan Sampingan
Pengambilan mana-mana ubat , sama ada ubat tradisional mahupun ubat farmaseutikal tidak terkecuali dari kesan sampingan. Kesan sampingan adalah kesan yang tidak dikehendaki akibat dari pengambilan ubat. Begitu juga dengan ubat tradisional yang mengandungi daun gelenggang. Di antara kesan sampingan daun gelenggang adalah kekejangan serta sakit perut, sakit sendi, loya, cirit-birit, angin, perubahan warna pada air kencing, perubahan dalam anatomi kolon atau kerosakan pada dinding kolon, kerosakan hati yang kronik dan sebagainya.
Kesan sampingan dapat diminimakan dengan mematuhi arahan pengambilan/ cadangan dos yang disyorkan seperti pada label ubat tersebut. Sekiranya kesan sampingan itu adalah ringan dan tidak memudaratkan, pengambilan ubat tersebut boleh diteruskan. Walau bagaimana pun sekiranya ianya memudaratkan, pengguna diminta untuk berjumpa dengan pengamal perubatan / pegawai farmasi dengan segera.

Ulasan

Catatan Popular